Tag Archive for: tm unifi

200,000 langgan UniFi

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tingginya (HSBB) Telekom Malaysia Bhd. (TM), UniFi, telah berjaya mengumpulkan lebih 200,000 pelanggan, sekali gus mengatasi sasaran ditetapkan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, perkembangan itu boleh dibanggakan memandangkan produk itu baru dilancarkan satu setengah tahun yang lalu.

“Ia menandakan keberkesanan operasi berbanding perkhidmatan Jalur Lebar Untuk Masyarakat Umum (BBGP) kami iaitu Streamyx, di mana mengambil masa selama tiga tahun untuk mencapai jumlah 200,000 pelanggan dari seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa ini, UniFi ditawarkan di 77 kawasan ibu sawat dan jumlah premis sedia dipasang telah mencecah sebanyak 1.09 juta.

Ia membabitkan 61 kawasan di Lembah Klang, Nusajaya di Iskandar Malaysia, kawasan- kawasan perindustrian di seluruh negara, termasuk lapan di Johor, tiga di Pulau Pinang, dua di Kedah dan satu masing-masing di Perak, Negeri Sembilan serta Melaka.

Kata Zamzamzairani, TM amat berterima kasih kepada para pelanggannya yang mempercayai produk TM.

“Kami merekodkan purata langganan antara 15 hingga 20 peratus dari jumlah premis sedia dipasang di mana melangkaui anggaran asal iaitu 10 peratus.

“Seterusnya, syarikat menjangkakan kadar langganan UniFi kepada 50 peratus dalam jangka masa tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya lagi.

Tambah beliau, perlaksanaan projek HSBB TM adalah antara yang terpantas di Asia Pasifik selain perbelanjaan modal rangkaian TM merupakan antara yang terendah di dunia.

Daftar Unifi Percuma Secara Online

Hi! Peminat Unifi di seluruh Malaysia.

Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran Unifi secara online. Tiada yuran dikenakan untuk kos pemasangan dalam tempoh promosi. Jika selepas habis promosi ( TM berhak tamatkan bila-bila masa ), yuran pemasangan ialah RM 200.

Kenapa daftar Unifi dengan www.Register-Unifi.com ?

Pengguna Streamyx sedia ada atau pengguna baru disarankan daftar secara online sahaja. Anda jimat kos bayaran parking, jimat petrol, jimat masa. Lakukan secara online sama ketika di pejabat atau di rumah saja.

Semua maklumat pendaftaran hanya perlukan diisikan pada 1 page sahaja. Cuma sediakan salinan IC ( palangkan siap-siap ‘untuk daftar unifi sahaja )dalam bentuk gambar atau pdf. Uploadkan bersama melalui borang online yang telah disediakan.

Betul ke Unifi bagus?

Anda baca sendiri testimonial di sini. Kemudian, buatlah keputusan segera. Sebab promosi pemasangan percuma boleh ditamatkan bila-bila masa saja.

Melalui pengalaman, download beberapa movie dalam beberapa jam adalah perkara mudah sekarang ini.

Buat masa ini, tiada had download dikenakan pengguna di rumah . TM akan kenakan had pada masa yang akan diumumkan kelak.

unifi download speed

Perkataan yang bolehkan menggambarkan High Speed Broadband terbaru ini :

Terbaik!

Uishhh…lajunya.

Dulu aku download movie berhari-hari. Sekarang ini, 30 minit siap! ( bergantung pada jenis file movie dan sizenya )

Tengok cerita Maaduu.com smooth lah!

Jika anda kaki download, anda akan menyesal kerana tidak langgan Unifi!